Kongsi resepi

Saturday, October 2, 2010

Isilah setiap waktu kosong dengan kesibukan

Berbuatlah sesuatu yang bermanfaat seperti mengerjakan solat , membaca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemas bilik tidur dan sebagainya agar anda dapat mengusir kekosongan itu .

Friday, October 1, 2010

Peringatan untuk diri

Ada dua jenis nikmat yg sentiasa menyebabkan ramai manusia menjadi leka dan alpa iaitu nikmat kesihatan dan juga nikmat masa lapang yang terluang

Didik Anak Kenal Allah

Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih yang bersih dan kitalah yang bertanggungjawab mencorakkan kain itu dengan warna yg bagaimana. Jadi didiklah anak-anak yang suci daripada sebarang dosa itu agar mengenal dan mengetahui hakikat ketuhanan sebagai asas tauhid yang kukuh. Asas yang terpahat di hati dan jiwa kanak-kanak ini akan melahirkan insan yang mampu menghampirkan dirinya kepada Allah.

Sumber: Majalah Nur.