Kongsi resepi

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi Che Mat dah berpunya?

He..he tetiba saja saya yang tak pernah2 ambil tahu pasal bola tetiba rasa nak menyebok gak nak tahu siaper dier ni? Dah berpunya ker? Kenapa dier tetiba glamor?. Rasanya org lain lebih tahu dari saya..baca sana baca sini..nak tahu jugeerk ruper dier camner? Akhirnyer terjumpa blog nih.




Jom terjah beramai-ramai http://www.jejariruncing.blogspot.com

Yaey esok cuti.. mesti korang sumer sukerkan

Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini


2010/12/30
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Yay yay esok cuti...aku rasa kalu aku kerjer mmg akulah org pertama yang melompat gembira dapat cuti...tapi mengenangkan sekarang aku dah tak keje..cuti bagi aku cam dah tak der makna sgt berbanding dulu..sebabnyer..tiap2 hari aku cuti...kik kih Mengimbas kembali waktu aku masih lagi seorang pekerja di sebuah syarikat swasta..aku pantang mendengar perkataan cuti..suker yang amat..siap amik EL lagik.Itu kisah dulu..sekarang tak lagi....Untuk korang2 yang kerjer ..selamat bercuti esok..apa agenda cuti korang?

Wednesday, December 29, 2010

Azam Tahun 2011

Hari ni saya nak join contest yang diadakan oleh MatJoe..hadiah dier best best..sambil pk2 apa agaknyer azam tahun depan ...joinlah sekali contest ni..mana tau ada rezeki boler menang.

Ok berbalik pada azam tahun 2011..sebenarnya banyak azam yang saya nak buat tapi salah satunya saya berazam nak beli kereta baru..boler..yang lebih besar..senang nak anto anak g sekolah..senang nak g kedai..senang nak balik kampung..boler sumbat segala mak nenek barang .hik hik..jom kita tgk gambo kereta idaman saya




contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)

Tahniah untuk pasukan bola sepak Malaysia..bravo..bravo


Malaysia julang Piala AFF Suzuki


2010/12/29
JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun tewas 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu. Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno. Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Sumber:Berita Harian

Wahhhh..Tahniah kepada pasukan Malaysia..walaupun saya ni bukan minat sangat bola..tapi tetap jugak nak tahu saper menang. Tadik pun tak tgk tv..maklum ler tv dah di konker oleh anak-anak2 ku.

Aktiviti hari ni..takder aper yg menarik sangat


Hari ni takder buat aper pun cumer hari ni masak ikan siakap masam manis dengan kacang buncis goreng dengan udang. Pegi bank..g pasar..hmm...dan cuba habiskan baca buku nih..actually buku nih dah lama saya beli tapi satu hari kengkadang baca beberapa muka surat jer..he..he..tapi okla la dari tak baca langsung. Buku ni menceritakan tentang bagaimana kita nak mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat, byk tips2 menarik untuk meraih kebahagiaan antaranya usah mengeluh, senyum selalu, beri yang terbaik, bina persahabatan, maafkan kesalahan orang lain dan lakukan aktiviti yang bermanfaat dan ambil masa untuk relaks.Itu serba sedikit tentang buku yang saya baca..kenapa saya beli buku ni? sebab buku ni byk memberi motivasi kepada diri saya..lagipun bila kita membaca buku ni..minda pun terbuka sikit..rasa tak ler berkarat sgt otak ni..lain ler waktu study dulu..buku pelajaran mmg dikepit jer. Azam saya kalau dah habis buku nih..nak beli buku lain lagi..baca dan buat koleksi dan yang penting boleh tambah ilmu.

Tuesday, December 28, 2010

Macam teringin pulak nak tengok wayang cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah


Sana sini tgk blog,facebook..tgk kat gua.com.my cerita ni dah kaut RM6 juta..ramai cam komen cerita ni best.Disebabkan komen-komen best ni..saya rasa teringin dan teruja lak nak g nonton tapi tak tau bile lagik..hmmm..bila ek

Monday, December 27, 2010

Misi membeli beg sekolah, baju sekolah dan apa2 ajer berkaitan sekolah.

Hari ni saya sebok membeli belah peralatan sekolah yang dah nak mula minggu depan.Mungkin orang lain dah siap membeli segala peralatan tapi saya baru sebok2 nak membeli beg sekolah anak-anak. Jalan sana sini memilih beg sekolah idaman anak2....Hopefully diorang lebih semangat nak pegi sekolah. Abang dapat lagi sepasang baju sekolah, adik-adik dapat jugak sorang satu beg sekolah. Punyalah suka siap posing2 ngan beg sekolah memasing.
Tadik dah singgah sekolah Abang , siap beli semua buku latihan sekolah, ini gara2 tak mau beli waktu buka sekolah, nanti kena beratur panjang.
Ok..itu ajer yang beli..nanti kalau ader lagi yang tak cukup..kita beli lagi..

Sunday, December 26, 2010

Bercuti ke Bukit Gambang Resort City



























Hari Sabtu 25 Dis- bertolak balik ke kampung menghadiri kenduri cukur jambul anak saudara, 2 orang sekali gus , seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua orang cute sgt. Kenduri bermula pukul 3 ptg dan berakhir dalam pukul 5ptg. Lepas tu terus bertolak ke Gambang dan tdo di homestay berdekatan. Esoknya terus ke Bukit Gambang Resort City. Ramai sangat orang sampai beratur panjang nak beli tiket.Harga tiket dewasa RM21.9 kanak2 pulak RM14.9. Kanak2 tinggi kurang dari 90cm FREE ..kalau nak ukur tinggi anak ,leh g ukur kat penguin tu..Ok la berpatutan..Tapi tetap sabar sebab nak merasa jugak main dalam Waterpark tu. Ni jer gamba yang sempat ambil , tak ambil banyak..sebab asyik main air.kih kih.

Friday, December 24, 2010

Anak-anak sker makan muffin cute



Bila mood memasak datang..maka saya pun buat muffin cute ni..kita tabur sket atas dier ngan coklat chips hmm yummy.Resepinye saya ambil dari merpati66.blogspot.com. Tq very much kak Ida atas resepi yang simple and best ni.Tak rugi cuba.

Betul ke Maher Zain nak datang Malaysia lagi!


Oh oh..saya memang suker dengar lagu Maher Zain, anak2 saya juger. Tak sangka dia nak datang Malaysia lagi nak buat persembahan.

Muffin coklat yang mama buat



Sebenarnya muffin ni dah lama saya buat tapi baru nak letak kat blog buat kenangan. Muffin pun nak buat kenangan..tak patut..tak patut tapi tak kira nak letak jugak.
Buat ni masa adik ipar nak kawin sajer ler nak bagi kira sodaqoh. Saya buat muffin and then bungkus dalam plastik bunga 2 tu dan satu lagi letak dalam kotak cupcake sebenarnya tapi sajer suka2 nak letak jugak dalam kotak cupcake padahal buat muffin. Kotak tu nampak cam kosong and then saya beli bunga cute tu then tampal kat depan kotak. Saya ni tak ler kreatif sangat, tapi sebab adik ipar punya saya try ler jugak buat tak tau ler dia suker ker tak. Yang penting saya ikhlas nak bagi , harap2 dier suker and tetamu2 pun suker. Nanti kalau ader aper2 majlis lagi saya akan try buat lagik.

Aktiviti anak 2 di waktu cuti sekolah

Seperti biasa kalau cuti sekolah kadang2 buntu memikir nak bagi aktiviti aper kat diorang nih. Rumah pun dah jadi cam parlimen setiap hari pasti ada perdebatan antara 3 org. Yang abang mesti ler nak menang sebab dia kan sulung can control everythingkan, adik2 semua kena dengar cakap dia.Hai abang hai abang jgn ler camtu ok sian adik2. Sepah2 mainan tu biaser ler kanak2, tu memang kerja diorang. Tapi kerenah2 diorang ni membuatkan hidup tak pernah sunyi, kadang2 rasa nak marah, kadang2 rasa nak tergelak pun ader. Kat rumah kitorang ni ada juger anak2 jiran lain yang suker main dengan abang. Rutin harian abang syamil, tiap2 pagi dalam pukul 9 , dah datang geng ketuk pintu rumah ajak main basikal. Main2 sampai ler tgh hari, tgh hari rehat jap. Lepas Asar sambung main balik sampai ler nak dekat maghrib. Heaven giler kan jadi budak-budak, tak payah pk masalah , yang penting main main main sampai letih.Tapi di samping tu ada gak ustaz datang ajar mengaji. Alhamdullillah, abang syamil dah pandai mengaji quran. Malam pulak rehat ajer ler, dah penat main siang tadik. Hmmm kadang2 mama terkenang zaman mama kecik2 dulu, kalau cuti sekolah pun asik main jer, seronok sangat. Yezzz mama pun main beskal dulu, siap ada geng jugak.Tu yang bila tgk diorang main , mama terkenang kawan2 lama mama dulu.

Hari ni takder mood nak masak

Kih kih..hari ni tak der mood lak nak masak..maklum ler esok nak berangkat makan2 angin kat bukit gmbang water resort tak tau le penoh ke idok bgrc tu, sebab cuti sekolah tak habis lagik. Ok la melalut lak cerita pasal lain. Disebabkan mood masak nih takder..mama telah membeli variety bucket buat sekeluarga. Esok2 harap mood tu datang balik.kik..kik