Kongsi resepi

Friday, December 24, 2010

Aktiviti anak 2 di waktu cuti sekolah

Seperti biasa kalau cuti sekolah kadang2 buntu memikir nak bagi aktiviti aper kat diorang nih. Rumah pun dah jadi cam parlimen setiap hari pasti ada perdebatan antara 3 org. Yang abang mesti ler nak menang sebab dia kan sulung can control everythingkan, adik2 semua kena dengar cakap dia.Hai abang hai abang jgn ler camtu ok sian adik2. Sepah2 mainan tu biaser ler kanak2, tu memang kerja diorang. Tapi kerenah2 diorang ni membuatkan hidup tak pernah sunyi, kadang2 rasa nak marah, kadang2 rasa nak tergelak pun ader. Kat rumah kitorang ni ada juger anak2 jiran lain yang suker main dengan abang. Rutin harian abang syamil, tiap2 pagi dalam pukul 9 , dah datang geng ketuk pintu rumah ajak main basikal. Main2 sampai ler tgh hari, tgh hari rehat jap. Lepas Asar sambung main balik sampai ler nak dekat maghrib. Heaven giler kan jadi budak-budak, tak payah pk masalah , yang penting main main main sampai letih.Tapi di samping tu ada gak ustaz datang ajar mengaji. Alhamdullillah, abang syamil dah pandai mengaji quran. Malam pulak rehat ajer ler, dah penat main siang tadik. Hmmm kadang2 mama terkenang zaman mama kecik2 dulu, kalau cuti sekolah pun asik main jer, seronok sangat. Yezzz mama pun main beskal dulu, siap ada geng jugak.Tu yang bila tgk diorang main , mama terkenang kawan2 lama mama dulu.

No comments:

Post a Comment